Wednesday, June 24, 2015

Ujian


"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
(Surah al-Baqarah, ayat 216)



"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not.
(Al-Baqarah, 2.216)



Apakah maksud ayat ini? Atau lebih tepat lagi, apakah maksud tersirat ayat ini?

To me, maksudnya SANGAT SANGAT mendalam. Kene bukak mata hati luas luas untuk fahami.

Kerana ramai manusia terlalu memikirkan apa yang mereka x dapat sehingga lupa apa yang Allah swt dah kurniakan kepada mereka. 

"Dan barangkali kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu" 

Ini mungkin merujuk kepada ujian-ujian buruk yang diturunkan kepada kita dan kita membenci ujian tersebut. Tetapi betul lah kata orang bijak pandai, kita jangan melihat kepada ujian tersebut, tetapi lihatlah kepada siapa yang beri ujian itu, iaitu Allah swt. Kenapa Dia menurunkan ujian sebegitu. Sudah semestinya Dia sebagai yang Maha Mengetahui lebih tahu apa yang kita perlukan.

"Dunia ini dicipta untuk memenuhi KEPERLUAN manusia, bukan KEHENDAK. Manusia yang beriman akan bersyukur dengan yang sikit, namun yang kufur tidak akan cukup walau dengan yang banyak."

Kadang2 tu kerana ujian yang buruk lah kita lebih mengenali Pencipta kita, kerana ujian burukla kita menjadi manusia yang lebih merendah diri. Kerana ujian sebegitulah kita diajar untuk bersyukur. Kalau semua nak yang indah sahaja, manusia akan ingt dunia inilah syurga. Sedangkan dunia ni medan ujian saje.

Malah kalau x diuji, ntah2 kita jadi manusia yang sombong, bongkak, ego, dan lupa bahawa kita hanyalah manusia biasa yang dikurnikan sedikit kelebihan oleh tuhan.

"dan barangkali (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"

Tak dinafikan dunia memang sgt senang untuk menipu manusia. Ramai dah aku tgk the moment u have everything, u will start to lose everything. Sometimes ape nikmat yg org lain dpt tu, x semestinye itu baik utk mereka. kadang2 nikmat2 itu adalah sbg ujian adakah mereka akan menjadi lebih baik atau tidak selepas itu.

Jadi, bile diturunkan ujian dari tuhan,banyak2 kan beristighfar kerana itu mungkin kifarah atas dosa-dosa silam.


XOXO





Thursday, June 18, 2015

Selamat Berpuasa di Tahun 2015

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan.

Pejam celik pejam celik, dah tahun ke 4 aku sambut puasa sebagai seorang isteri.

Ya Allah cepatnya masa berlalu.

Alhadulillah syukur sgt2 dpt berjumpa lg dengan Ramadan tahun ni. Last 3 weeks baru je jalani minor operation untuk sinus ku. Buang something kt dlm hidung ni yg mem-block pernafasan dlm hidung. Nasib baik company ade insurans, mmg bantai je pakai insurans. Daptla pg kat private hospital. Operation die minor je, tp post-operation tu yg agak menyiksakan. Malas nk cerita kt sini, nntilah ye in another entry.

Yang penting sekarang ni nak wish sume di luar sana selamat berpuasa. Moga ramadan tahun ini menjadi kan kita insan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Tingkatkan amalan ibadah dan tinggalkan yg dilarang.


Salam Ramadan.