Thursday, March 05, 2015

Nutella Lava Cake

Nyaris nyaris nak tertulis Nutella LARVA cake! Hahaha sape nk mkn tuh.

Skrg ni kat FB mcm org tgh menggila asyik share resipi kek itewww so aku pn bersegeralah nk try jugak. Mana blh ketinggalan.

Di samping2 tgh blur x tau nk buat ape dgn hidup ni kan baik aku masak ke baking ke. And my latest addiction is Nutella Lava Cake.

Sorryla gamba mmg x lawa. X berseni langsung. Tingin gak nak belaja amek gamba lawa2 sket tp nntilah ek.


Ni kire percubaan pertama.






Abaikan kekotoran di tepi2 itu.

Satu sebab paling kuat knp kene buat jugak kek ini sbb senang sesangat. 30 minit dh siap blh makan.


Bahan-bahan:

(Semua bahan2 ni cincai kira ye. xde exact measurement)


  1. Tepung serbaguna (1 mangkuk kecik, sila ayak dahulu)
  2. Gula icing (3/4 mangkuk kecik)
  3. Vanila extract (1 sudu kecik, try avoid using vanila essence)
  4. Telur (2 biji)
  5. Melted Butter (3/4 mangkuk kecik, try using pure butter)
  6. Nutella (2 sudu besar)

Cara-cara:

  1. Pecahkan telur dalam bekas pengadun dan kacau dgn gula icing smpai sebati (dlm 3-4 minit)
  2. Masukkan tepung, vanila extract, dan melted butter. (kacau 3-4 minit)
  3. Masukkan nutella. kacau lg. Aku kacau pakai balloon beater. 
  4. Dah sebati semua sila masukkan dalam ramekin, mug atau ape sajela yg korang nk pakai.
  5. Bakar dalam suh 190C dalam 10-15 minit.
  6. Bile dah siap sprinkle dgn gula icing. Bahan2 di atas blh buat utk 3 ramekin.

Siap. 

Sedap gile ok. Bile masukkan sudu tu dlm kek terkeluar keluar isi die yang panas2. Inilah org kata "meng-indulge-kan" diri sendiri. 

Sape2 yg nk try silalah ye. 


XOXO

0 comments: