Sunday, June 29, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1435H

I found this image and this is sooooooo CUTE!!


pic source : here

Nak mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat menyambut bualan ramadhan yg penuh kemuliaan. Jikalau ada yg tersilap dan terkasar bahasa saya dgn rendah diri ingin memohon maaf.

Smeoga ramadhan kali ini akan menjadi yg lebih baik utk kita semua. InsyaAllah.

Salam


XOXO







Friday, June 27, 2014

My Turkey Trip Part 5

Part 5 ni I'll keep it very simple and short sbb x bnyk nk cerita sgt pun.

Keesokkan harinya masih lg di Cappadocia. Utk region ni mmg kene at least 2 hari sbb die besar.

Tour diteruskan ke Red Valley, famous rock-cut churches yg merupakan penempatan paderi zaman dolu-dolu.

Susah sket nk tangkap gamba sbb gelap sesangat. Dalam ni dulu used to be ada dapur, ruang simpan makanan, tempat menyorokla mcm2 la..dalam ni sejuk sgt and sgt sempit. So sape ade claustrophobic tu mmg x dgalakkan masuk. Even my mum and few others x masuk pn sbb takut semput.






Kat sini kalau x silap Pigeon Valley rasenye..Namanya begitu sbb ada bnyk merpati yg duduk kat dalam celah2 batu gua tu. Merpati2 ini digunakan utk menghantar surat tau. Sangat berguna masa zaman tuh. Dan najis nye digunakan secara meluas sbg baja utk tanaman.

Tp yg lebih menarik bile smpai di kedai souvenir ni haaaa..tgkla brg2 die..mau x terkeluar biji mataaa kuuuu.




Boleh plak mamat ni posing suruh tangkap gamba die. Kat sini lampu turki tu harganya agak murah. So ade dari kalangan rombongan yg kasi borong lampu2 tu.



Selepas itu kami dibawa singgah ke kilang menjual batu batu berharga. Kat sini x dapat plak nak tangkap gambar tapi segala jenis macam batu ada mcm zamrud, ruby, nilam swaroski. Ibuku sempat membeli buat kenangan. Harga xdela mahal sgt tp nampak batunya berkualiti. Harga dalam ratus2 duit kite la starts from RM150 camtu.





Sempat lagi snap gamba kucing2 kat sini. Mereka ni mcm ade bela kucing banyak2. Siap ada rumah kucing lagi. Suka sgt tgk cara mereka layan binatang kesayangan Nabi ni.

Time lunch ape lagi, makan laaaa. Yg menariknya restoran ni terletak berdekatan je kilang batu berharga tu dan mmg dibuat di dalam gua. Menu haritu makan nasi dan gulai daging. Sedappp.


After lunch kami dibawa ke satu tempat ni x berapa ingat ape nama die, kalau x silap Red Valley tapi gua jgakla..kene berjalan sejauh 5km sepatutnya dan akan smpai ke Cavusin Village. Tapi dah ramai yg penat so hanya sket je yg pg join hiking tu. Aku pun x larat lalu duduk melepak sahaja sambil berjalan2 disekitar.







Waktu asar dah masuk jadi kami ambil kesempatan solat disini.




Ini bas kami.


Trip berakhir untuk hari itu. Seriously what a tiring day.

The photo below is actually our view when we walked to our hotel. Such a cute dog aite?



One lady sitting outside her house to take some fresh air.



ok thats all for now.


XOXO


Thursday, June 26, 2014

My Turkey Trip Part 4

Part 4!

After lebih kurang 11 jam perjalanan, kami pun smpai di bandar Urgup. Sepanjang perjalanan, ade jugak dihidangkan light refreshment, I guess its already included in the ticket price. Dalam bas ade seorang driver dan juga seorang bus attendant.





X banyk gamba scenery yg dpt dirakam kerana masih gelap dan kami pun mengantuk.


Ni ketika hari dh cerah dan almost smpai.

Actually bfore smpai di Urgup, bas tu ada menurunkan penumpang di Nevsehir Bus Station, mase tu dlm mamai mamai kami pun turun jugak angkut beg sume. Sekali bile bus attendant nmpak kami, trus die suruh kami naik balik sbb katenye belum smpai tempat kami lg. Walaupun bahasa Inggeris nye kurang baik tp kami fahamla ape die cuba nk smpaikan. Mase tu lega sgt sbb kalau la mamat attendant tu x perasan muka kami, mmg dah tersadai la kami di stesen bas yg salah.

So kami meneruskan perjalanan smpaila ke Urgup stesen, sampai di sana driver hotel dah pun menunggu. Ohh lupe plak nk update tour agent yg kami pakai utk ke Capadoccia dan Pamukkale ini. After dah survey punye survey, aku berjaya jgak jumpe this one tour agent yg boleh dikatakan paling murah la kt Turki ni. Nama die Yuki Tour. Owner die sangat baik, friendly dan after dah compare2 mmg harga die paling murah. Paling penting die boleh cakap Inggeris dgn baik. Kalau anyone ade recommendation/experience tour agent yg lg murah blh juga kongsi di sini ye.

Sepanjang perjalanan dr stesen bas Urgup ke hotel, kami nmpak pemandangan yg mmg sgt unik. Basically Capadoccia ni bandar die mmg mcm zaman batu sket. Semuanya dalam gua. Rumah dalam gua, hotel dlm gua, restoran pn ade dlm gua. Here we stayed at Dedeli Konak Cave Hotel.

Smpai di hotel, sementara tunggu bilik siap kami dijamu breakfast.




Breakfast kali ni ade kelainan sket, lebih menepati tekak melayu ku ini hehehe. Ada sajian roti ala roti naan cheese, sauted potato, eggs, sausages and herbs (ni paling aku suke) dan yg lain2 tu sama je. Tp mmg puas hati breakfast kt hotel ni. 






Delicious breakfast accompanied by this stunning view.







Alhamdulillah dimurahkan rezeki dari Allah utk merasa melihat tempat2 ini. Disini gua2 ditebuk je utk dijadikan rumah atau hotel. So keadaan di dalam mmg sejuk dan nyaman je.

Meh kite tgk dalam bilik plak.





Menarik kan? First time kot dok bilik hotel gua cmni. Tp Overall mmg puas hati sgt2 dgn hotel ni. Layanan ok, makanan sdap x kedekut blh tambah byk2 hehehe .

Cume ade la bende x best berlaku kerana after dah abis breakfast pon bilik masih blom ready tp tour plak dah nk start. Kami bajet blh freshen up dulu mandi2 kemas2 beg ke hape kan. Sekali tour guide dah panggil2. Ade gakla di kalangan rombongan mmg x puas hati tp to me bende2 mcm ni biase la kalau dah travel jauh2 mmg kene jangka la. Mungkin sbb perjalanan panjang semalam dan badan masih letih itu membuatkan ade yg moody kot. No komen hahaha.

Aku pg tnye jgak owner hotel tu knp kami x bole masuk bilik lg, rupenye die kata bilik x siap lg and kami kene terus pg join tour. Beria ia die mintak maaf so aku malas nk berkira sgt. Cume rase x best sketla dgn badan melekit, muke berminyak dan baju x btukar. Tour guide pulak dah panggil2 mcm nk tinggalkan kami pn ade. Mase tu rase pening jugak sbb rombongan aku dh bising x sempat mandi. Tp kami proceed jgak.

Our first destination in Capaddocia (disebut Kapadokya) was Devrent Valley to visit unique fairy-chimneys.


Aku dah lupe sape name tour guide kami ni. Orangnye ramah tp sayang suara die x cukup jelas so bnyk penerangan die aku x brape nk dgr. Tapi yg pasti gua2 tu semua pernah menjadi penempatan orang zaman dahulu kala. Memang ni antara tarikan la kalau di Capadoccia ni. To me okla, im not really into it but utk tambah pengalaman bolehla.

Bersungguh die ni bg penerangan tp terlalu perlahan dan suara die jenis tenggelam.


We spent around 1 hour here.






Ni plak rock-cut berbentuk unta. Lupe dah nama tempat ni



Selepas tu kami dibawa ke sbuah kilang kecik membuat pasu/pinggan dari tanah liat. Memang tradisioanl betul cara die buat pasu ni. Siap ade demo lg.



This one guy from Afghanistan offered himself to do this process.



Dan x ketinggalan hidangan teh as part of Turkish culture. This time i chose apple tea yummm sdap and refreshing.



And lepas demo tu, biaselah msti nk tunjuk koleksi2 jualan segala mcm hasil mereka.



Cantik mmg cantik tp harga masyaAllah mahaiiiiii.





Gamba bwh ni koleksi "glow in the dark". Time die tutup lampu everyone goes like "Waahhhhh".



Rasenye paling murah harga utk barang kt sini pn dah nak dekat beratus RM. Yela sbb buatan tangan kan.



Next agenda is..MAKAN!


Our lunch mmg dah masuk dlm pakej sekali and we were bought to this restaurant.

Its a 3 course meal without drinks. Appetizer die sup tomato, main course nasi putih (mcm nasi pulut sket rasenye tp sedappp!) with  this chicken. Sdapppp



Dessert ni plak xtau la ape ni. Rase mcm manisan lembik ..mcm kanji gitula..x abis pon. Bile di google namanya Helva dessert. 



Jumpe kucing lagi kat luar restaurant ni. (err tangan tu bukan tangan saya ye)





Before pulang ke hotel kami dibawa ke kilang karpet. Kat sini diberi penerangan dari awal history pasal sutera sampai la ke pembikinan karpet tu sndiri. Semua buatan tangan yeee. Mmg x ambik gamba sgt sbb asyik dgr explanation die.




But basically what i understand harga atau kualiti karpet ni bukan ditentukn oleh materialnye sahaja tp deisgn die jugak. lagi2 kalau buatan tangan ni mmg mahal xyah ceritala. Di akhir presentation mereka bawak kluar satu2 karpet utk dipromo kepada kami. Mcm2 jenis ade,lawa2 sume tp setakat tgk jela hehe.

I think that wraps up our tour that day. After smpai hotel mmg sume berlumba-lumba nak mandi segarkan diri. The view at night was soooo astonishingly beautiful. Bile tgk rase damai jeee.

Dinner x tmasuk dlm pakej tp kami lapa and order nasi putih die yg sdap tu (mcm pulut sket tekstur die) and jugak salad timun. Kami makan bersama rendang dan serunding yg kami bw dari Malaysia. Fuhhh sedapp kauuuuuu.


Akan bersambung lg di entry yg akan dtg. Till then..



XOXO







Wednesday, June 25, 2014

My Turkey Trip Part 3

Yeayyy dah smpai part 3. Gigih ni nak meng-update.

Yg ni masuk hari ke 2 di Istanbul. Plan utk hari ini adalah nk join Bosphorus Cruise. Nak amek cruise ni senang aja, kalau from my hotel actually blh je jalan kaki dalam 10 minutes je menuju ke Eminonu Pier. Tp rombongan kali ni ramai warga veteran so sume x larat nk jalan kaki jauh2 jadi kami ambil tram. Dari hotel 2 minit je jalan je tram station "Gulhane" bayar 3lira (RM6) amek line ke "Kabatas" atau "Bagcilar" dan turun di station "Eminonu".

Cube tgk gamba bwh ni, jarak selang 1 stesen je pun.




Kat sana  token dipanggil jeton. Nak beli menatang tu hanya blh beli kt mesin jeton ni. Xde kaunter jualan ye. So sediakan bnyk duit coins. duit kertas pm diterima juga tp up to 20 lira note sahaja.



pic source: here

Actually disana majoriti menggunakan kad travel yg dipanggil "Akbil". Kire mcm Touch & Go atau RapidPass la gamaknyee..tp cara penggunaannya agak memeningkan so aku xmo warga2 veteran ni pening kepala lantas kami hanya beli jeton tu "as and when" sahaja. Maksudnya bile nak naik tram baru beli.

Bile dah smpai kat Eminonu tu cari je bangunan rupe mcm ni: Inilah tempat beli tiket dan juga tempat tunggu feri dtg.

pic source: here

Sehir Hatlari ni actually kire mcm public ferry service dan antara cruise paling besar dan utama utk Bosphorus Cruise. Selain tu bnyk company2 private kecik yg lain buat jugak tp harga x menentu dan kadang2 dpt bot kecik je. Kalau nk beli dari Sehir Hatlari ni dinasihatkan datang awal sbb queue nya sgtlaaaaa panjang. Die ade 2 jenis trip. 1 trip separuh hari dan satu lg trip penuh satu hari. Hari tu aku ambil trip penuh. Tour start pukul 10.35am dan berakhir dalam 4.30pm. Harga tiket 25 lira (RM50). Kalau beratur awal dan dpt beratur naik feri awal, blhla dpt seat cantik sket cthnya dekat dek atas dan dpt seat tepi yg menjanjikan panorama yg sangat cantikksss.

Tp sementara beli tiket kite selfie dulu nokkss.

 Masjid Biru die belakang ku..hehe it rymes???






Terpaksa letak bnyk gamba org lain sbb diri ini x jmpe gamba sndiri.hilang kt mane tah..tula sape suh update blog lmbt2 hahaha

Gamba bwh ni Ialah Dolbamahce Palace. Istana bagi pemerintah2 zaman dulu kala. Dalam hati dah berkira kira nk masuk melawat tp smpai hari last, xde rezeki. Dgr crite interior dlm ni sgtla cantik dan mewah.




Naik Bosphorus Cruise ni sebenarnya akan berhenti di beberapa pier sebelum smpai destinasi pier yg hujung. Sila tgk map di bawah. Stesen permulaan adalah di Eminonu dan akan bhenti selama 3 jam utk lunch di Anadolu Kavagi (No 8)



Yg ni pelabuhan Sariyer.



Banyak gamba2 yg ditangkap tp xtau dah mane pgnye. Yg mane ade jelah aku letak sini ye. But one thing for sure, scenery nye mmg MasyaAllah sgt2 cantik. Dalam gamba mmg mcm x nmpak sgt tp in real life aku smpai ternganga laa mengagumi ciptaan Allah.



Dalam feri tu sepanjang perjalannan kalau nak dgr commentary blh sewa audio dan ambil map. It will give a brief description about the history of all the places that we passed through. Tp time tu cuaca mak aiiii sejuk bangeeettttt. Mmg terketar ketar sambil snap gamba.

Bile smpai di Anadolu Kavagi kami pun turun jalan jalan. Kat sini mcm satu pekan/pulau nelayan kecil yg menjadi persinggahan utk makan tengahari, sighseeing dan juga mmbeli cenderamata.


Once again frust sungguh sbb rasenye haritu bnyk sgt snap gamba tp sume dh xde. Cantik pemandangan kt sini. Nampak kucing lagikkkk comeynyeeeeeee..




First thing that i did i ambushed the souvenir shop. Bersemangat sungguh mereka2 ni menjual dan promote barang2 mereka. Basically sume kdai2 souvenir di Turki ni akan berupa begini. Klasik kan? Mmg blh jadi rambang mata tgk lampu2 kt atas tu. Sempatla aku mmbeli tshirt utk keluarga dan rakan2 buat buah tangan. Harga tshirt setelah ditawar blh jadi dalam 9 lira (RM18) sehelai. My mum plak dah tak tahan tgk lampunye yg mcm2 kaler tu terus beli dgn harga yg sgt berpatutan.



Hehe bile kami semua pakat dah borong dr kedai die, die pun bak mai keluar teh Turki dia. Actually this is a common treatment kt mane2 kedai. Lagi2 kalau dgr pelancong dari Malaysia. I dont know why but they kinda give special treatment sket to Malaysian. This happens almost everytime kami pg ke setiap kedai souvenir.


Lepas dah shopping dan jalan2, kami pn lapa dan ingin menjamu selera. Banyk je kdai2 makan atau restaurant yg menghidang kan especially seafood kt sini. Akhirnya langkah kaki berhenti di sini utk makan tengahri. Nama kedai ni "Ismail In Yeri". Seating die tepi jeti ni yg menarik boleh tgk bnyk burung2 berterbangan. Memang feeling habislah.






Kucing ni mengendeng ngendeng nak mintak makanan la tuu hehehe..sorry time ni makann ku x smpai lg.




This is what some of us ordered. Fried calamari and grilled mussels.I am seafood lover myself BUTTTTTT kt sini cara die masak seafood nye lain sket dr kite kt Malaysia. Die masak tawar2 sket. mcm kurang rencahnya dan silap2 ade bau hanyir tu x hilang. Thats why i didnt order any fish sbb bau die kuat sgt. Yg rase blh masuk tekak ni cume udang atau sotong goreng ni je. Harga ni dalam 10lira (RM20) sepinggan. Portionnye cukup utk sorang jela..Harga nya average agak mahal jugak mungkin sbb tmpat ni ramai tourist kot. Kesimpulannya mmg x kenyangla hahahaa..haruslah blk nnti melantak nasi sepinggan kannnzzz.

Pukul 3 petang feri pun bergerak pulang ke Eminonu. Dalam feri ni ade la jual refreshement sket mcm coffee, teh dan ade cafe kecil yg menjual mkanan ringan dan roti2. Tp kalau nk pg toilet baik siap2 bawa tisu. Rata2 toilet di Turki ni biase nya ade air paip yg jenis memancut dari toilet bowl tuh tp dlm feri ni mmg xde sumber air utk mmbasuh so kalau dpt bw botol mineral lg bagus.

After dh smpai ke Eminonu kami jalan2 kaki lagi ke kawasan sekitar. This time mmg nk singgah lg di area Blue Mosque dan niat nk solat disitu. Hari tu hari Jumaat dan nasib baik dh petang kalau x msti kene berasak2 dgr org nk solat Jumaat. Entrance ke Blue Mosque adalah percuma tp sebelum masuk die akan bg plastik utk kite simpan kasut dan bw masuk masjid. Bile dah masuk tu mcm agak confuse sket sbb tempat tourist dtg melawat mmg mcm bercampur dgn tourist yg nk solat. Ade je yg solat campur lelaki perempuan sebelah menyebelah. Hmm tp mengenangkan diri ini di tempat orang dan sudah tentu adat dan peraturannya pun lain kami mengikut sajelah. 

Tapi di dalam itu sempat la kami melihat dan meninjau kecantikan interior masjid ni. MasyaAllah mmg cantik dah gah sgt. Rase sayu sket pun ade.





Izinkan saya berkongsi sedikit sejarah dan fakta menarik mengenai masjid ini:

Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmet ini dibina sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I (Sultan Muhammad Al-Fateh)

Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Penawanan Constantinople.

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


Bile dibaca sejarahnya rase meremang pn ade. Tapi nmpaknye rezeki saya nk solat di situ xde kerana tempat utk mengambil wuduk perempuan teramatla panjang dan ketika itu mmg rushing nk blk hotel sbb x lama lagi shuttle utk ke stesen bas akan smpai.

Belanja selfie satulahh.

After dah frust x dpt solat kami pun berjalan kaki pulang blk ke hotel. Jarak Blue Mosque ke hotel x smpi 1km dan perjalanan dalam 15 minit sahaja. 

Sampai hotel kene pack2 dah and nk asingkan beg pakaian utk tour kami yg lagi satu ni. Kami akan ke Capadoccia dan Pamukkale selama 4 hari. Nasib baik hotel yg baik hati mmg ade satu bilik khas utk customer2 die simpan beg so xpyhla nk hangkut semua brg especially hasil2 belian yg dah menimbun tuh.

Dalm pukul 6.30pm shuttle pn smpai dan kami akan ke stesen bus utk mengambil bas ke Urgup, salah satu bandar di Capadoccia. Perjalanan mengambil masa dlm 10-11 jam. Haaaa lame kannn?? FYI, kt sini perkhidmatan bas ekspress overnight mcm ni mmg dah sgt common. Nak naik flight boleh jugak dan mmg jimat masa tp kos tu lebih sket and nk kene menapak "to & from" airport pn leceh jgak. 

Entry ini akan bersambung lg di lain hari kerana bermula la kisah2 perjalanan yg mmg lain dari yg lain. Bile dah pg jauh sket dari town mmg masalah bahasa agak kronik la jugak. Jadi nntikan yeeee.


XOXO