Wednesday, June 25, 2014

My Turkey Trip Part 3

Yeayyy dah smpai part 3. Gigih ni nak meng-update.

Yg ni masuk hari ke 2 di Istanbul. Plan utk hari ini adalah nk join Bosphorus Cruise. Nak amek cruise ni senang aja, kalau from my hotel actually blh je jalan kaki dalam 10 minutes je menuju ke Eminonu Pier. Tp rombongan kali ni ramai warga veteran so sume x larat nk jalan kaki jauh2 jadi kami ambil tram. Dari hotel 2 minit je jalan je tram station "Gulhane" bayar 3lira (RM6) amek line ke "Kabatas" atau "Bagcilar" dan turun di station "Eminonu".

Cube tgk gamba bwh ni, jarak selang 1 stesen je pun.




Kat sana  token dipanggil jeton. Nak beli menatang tu hanya blh beli kt mesin jeton ni. Xde kaunter jualan ye. So sediakan bnyk duit coins. duit kertas pm diterima juga tp up to 20 lira note sahaja.



pic source: here

Actually disana majoriti menggunakan kad travel yg dipanggil "Akbil". Kire mcm Touch & Go atau RapidPass la gamaknyee..tp cara penggunaannya agak memeningkan so aku xmo warga2 veteran ni pening kepala lantas kami hanya beli jeton tu "as and when" sahaja. Maksudnya bile nak naik tram baru beli.

Bile dah smpai kat Eminonu tu cari je bangunan rupe mcm ni: Inilah tempat beli tiket dan juga tempat tunggu feri dtg.

pic source: here

Sehir Hatlari ni actually kire mcm public ferry service dan antara cruise paling besar dan utama utk Bosphorus Cruise. Selain tu bnyk company2 private kecik yg lain buat jugak tp harga x menentu dan kadang2 dpt bot kecik je. Kalau nk beli dari Sehir Hatlari ni dinasihatkan datang awal sbb queue nya sgtlaaaaa panjang. Die ade 2 jenis trip. 1 trip separuh hari dan satu lg trip penuh satu hari. Hari tu aku ambil trip penuh. Tour start pukul 10.35am dan berakhir dalam 4.30pm. Harga tiket 25 lira (RM50). Kalau beratur awal dan dpt beratur naik feri awal, blhla dpt seat cantik sket cthnya dekat dek atas dan dpt seat tepi yg menjanjikan panorama yg sangat cantikksss.

Tp sementara beli tiket kite selfie dulu nokkss.

 Masjid Biru die belakang ku..hehe it rymes???






Terpaksa letak bnyk gamba org lain sbb diri ini x jmpe gamba sndiri.hilang kt mane tah..tula sape suh update blog lmbt2 hahaha

Gamba bwh ni Ialah Dolbamahce Palace. Istana bagi pemerintah2 zaman dulu kala. Dalam hati dah berkira kira nk masuk melawat tp smpai hari last, xde rezeki. Dgr crite interior dlm ni sgtla cantik dan mewah.




Naik Bosphorus Cruise ni sebenarnya akan berhenti di beberapa pier sebelum smpai destinasi pier yg hujung. Sila tgk map di bawah. Stesen permulaan adalah di Eminonu dan akan bhenti selama 3 jam utk lunch di Anadolu Kavagi (No 8)



Yg ni pelabuhan Sariyer.



Banyak gamba2 yg ditangkap tp xtau dah mane pgnye. Yg mane ade jelah aku letak sini ye. But one thing for sure, scenery nye mmg MasyaAllah sgt2 cantik. Dalam gamba mmg mcm x nmpak sgt tp in real life aku smpai ternganga laa mengagumi ciptaan Allah.



Dalam feri tu sepanjang perjalannan kalau nak dgr commentary blh sewa audio dan ambil map. It will give a brief description about the history of all the places that we passed through. Tp time tu cuaca mak aiiii sejuk bangeeettttt. Mmg terketar ketar sambil snap gamba.

Bile smpai di Anadolu Kavagi kami pun turun jalan jalan. Kat sini mcm satu pekan/pulau nelayan kecil yg menjadi persinggahan utk makan tengahari, sighseeing dan juga mmbeli cenderamata.


Once again frust sungguh sbb rasenye haritu bnyk sgt snap gamba tp sume dh xde. Cantik pemandangan kt sini. Nampak kucing lagikkkk comeynyeeeeeee..




First thing that i did i ambushed the souvenir shop. Bersemangat sungguh mereka2 ni menjual dan promote barang2 mereka. Basically sume kdai2 souvenir di Turki ni akan berupa begini. Klasik kan? Mmg blh jadi rambang mata tgk lampu2 kt atas tu. Sempatla aku mmbeli tshirt utk keluarga dan rakan2 buat buah tangan. Harga tshirt setelah ditawar blh jadi dalam 9 lira (RM18) sehelai. My mum plak dah tak tahan tgk lampunye yg mcm2 kaler tu terus beli dgn harga yg sgt berpatutan.



Hehe bile kami semua pakat dah borong dr kedai die, die pun bak mai keluar teh Turki dia. Actually this is a common treatment kt mane2 kedai. Lagi2 kalau dgr pelancong dari Malaysia. I dont know why but they kinda give special treatment sket to Malaysian. This happens almost everytime kami pg ke setiap kedai souvenir.


Lepas dah shopping dan jalan2, kami pn lapa dan ingin menjamu selera. Banyk je kdai2 makan atau restaurant yg menghidang kan especially seafood kt sini. Akhirnya langkah kaki berhenti di sini utk makan tengahri. Nama kedai ni "Ismail In Yeri". Seating die tepi jeti ni yg menarik boleh tgk bnyk burung2 berterbangan. Memang feeling habislah.






Kucing ni mengendeng ngendeng nak mintak makanan la tuu hehehe..sorry time ni makann ku x smpai lg.




This is what some of us ordered. Fried calamari and grilled mussels.I am seafood lover myself BUTTTTTT kt sini cara die masak seafood nye lain sket dr kite kt Malaysia. Die masak tawar2 sket. mcm kurang rencahnya dan silap2 ade bau hanyir tu x hilang. Thats why i didnt order any fish sbb bau die kuat sgt. Yg rase blh masuk tekak ni cume udang atau sotong goreng ni je. Harga ni dalam 10lira (RM20) sepinggan. Portionnye cukup utk sorang jela..Harga nya average agak mahal jugak mungkin sbb tmpat ni ramai tourist kot. Kesimpulannya mmg x kenyangla hahahaa..haruslah blk nnti melantak nasi sepinggan kannnzzz.

Pukul 3 petang feri pun bergerak pulang ke Eminonu. Dalam feri ni ade la jual refreshement sket mcm coffee, teh dan ade cafe kecil yg menjual mkanan ringan dan roti2. Tp kalau nk pg toilet baik siap2 bawa tisu. Rata2 toilet di Turki ni biase nya ade air paip yg jenis memancut dari toilet bowl tuh tp dlm feri ni mmg xde sumber air utk mmbasuh so kalau dpt bw botol mineral lg bagus.

After dh smpai ke Eminonu kami jalan2 kaki lagi ke kawasan sekitar. This time mmg nk singgah lg di area Blue Mosque dan niat nk solat disitu. Hari tu hari Jumaat dan nasib baik dh petang kalau x msti kene berasak2 dgr org nk solat Jumaat. Entrance ke Blue Mosque adalah percuma tp sebelum masuk die akan bg plastik utk kite simpan kasut dan bw masuk masjid. Bile dah masuk tu mcm agak confuse sket sbb tempat tourist dtg melawat mmg mcm bercampur dgn tourist yg nk solat. Ade je yg solat campur lelaki perempuan sebelah menyebelah. Hmm tp mengenangkan diri ini di tempat orang dan sudah tentu adat dan peraturannya pun lain kami mengikut sajelah. 

Tapi di dalam itu sempat la kami melihat dan meninjau kecantikan interior masjid ni. MasyaAllah mmg cantik dah gah sgt. Rase sayu sket pun ade.





Izinkan saya berkongsi sedikit sejarah dan fakta menarik mengenai masjid ini:

Blue Mosque atau Masjid Sultan Ahmet ini dibina sewaktu pemerintahan Sultan Ahmed I (Sultan Muhammad Al-Fateh)

Hadis Mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
"... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera ..." 

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Konstantinopel untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah SWT dalam hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, lima kempen di zaman Kerajaan Umaiyyah, satu kempen di zaman Kerajaan Abbasiyyah dan dua kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyyah.

Dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umaiyyah, seorang sahabat Nabi SAW iaitu Abu Ayyub Al-Ansary RA telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, "Aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel". Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi SAW.

Hadis Nabi SAW ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al-Fateh, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dengan 150,000 orang tenteranya.

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh? Apakah kehebatan baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut "sebaik-baik raja" dan "sebaik-baik tentera" dalam hadis tersebut?

Penawanan Constantinople.

Pada 29 Mei 1453, Kota Konstantinopel jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St. Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al-Fateh" iaitu yang bermaksud "pembuka" atau "penakluk" lantaran kejayaannya membebaskan Konstantinopel.

Sebaik-baik Raja dan Sebaik-baik Tentera

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali, sila duduk!" Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib, sila duduk!" Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!" Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fateh sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh. Baginda sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya itu.


Bile dibaca sejarahnya rase meremang pn ade. Tapi nmpaknye rezeki saya nk solat di situ xde kerana tempat utk mengambil wuduk perempuan teramatla panjang dan ketika itu mmg rushing nk blk hotel sbb x lama lagi shuttle utk ke stesen bas akan smpai.

Belanja selfie satulahh.

After dah frust x dpt solat kami pun berjalan kaki pulang blk ke hotel. Jarak Blue Mosque ke hotel x smpi 1km dan perjalanan dalam 15 minit sahaja. 

Sampai hotel kene pack2 dah and nk asingkan beg pakaian utk tour kami yg lagi satu ni. Kami akan ke Capadoccia dan Pamukkale selama 4 hari. Nasib baik hotel yg baik hati mmg ade satu bilik khas utk customer2 die simpan beg so xpyhla nk hangkut semua brg especially hasil2 belian yg dah menimbun tuh.

Dalm pukul 6.30pm shuttle pn smpai dan kami akan ke stesen bus utk mengambil bas ke Urgup, salah satu bandar di Capadoccia. Perjalanan mengambil masa dlm 10-11 jam. Haaaa lame kannn?? FYI, kt sini perkhidmatan bas ekspress overnight mcm ni mmg dah sgt common. Nak naik flight boleh jugak dan mmg jimat masa tp kos tu lebih sket and nk kene menapak "to & from" airport pn leceh jgak. 

Entry ini akan bersambung lg di lain hari kerana bermula la kisah2 perjalanan yg mmg lain dari yg lain. Bile dah pg jauh sket dari town mmg masalah bahasa agak kronik la jugak. Jadi nntikan yeeee.


XOXO

0 comments: