Tuesday, January 18, 2011

Edisi Pantun Make Up

Yeahhhh..hati ini sangat riang gumbira..
MUA yang didamba ku dapat juga...
Buat menepek muka ku di hari bahgia..
Ongkosnya tinggi ku relakan saja..


Kalau semua hendak tahu..
Hendak confirmkan mereka tak senang begitu..
Tarikh asyik bertukar memang salahku..
Nak buat cmne semua pihak xnk amek tahu..


Mekap nikah sudah ditempah..
Utk sanding juga selesai sudah..
Hilang semua risau gundah..
Bolehla ku tidur mimpi yg indah2..


Cume tinggal satu shj lagi..
Majlis bertandang pihak lelaki..
MUA masih tinggal misteri..
Dah pening kepala nak pergi mencari..


Kalau sesiapa ada cadangan..
Kecik tapak tangan nyiru sy tadahkan..
Perempuan,lelaki maupun pondan..
Janji mekap meletop orait jalannnn!


Itula dia sekalian pembaca..
Buat info ringkas sahaja..
Di lain entry bolela panjang berjela..
Kasi bocor nama MUA semua..


Assalamualakum salam diberi..
Sebelum sy meminta diri..
Semoga takde yg terasa hati..
Pantun sekadar suka suki..


Hasil nukilan: Cik Dila Comot





XOXO

1 comments:

Healthy Living said...

Hi, do you want to attend T Harv Eker's Millionaire Mind Intensive seminar for free? www.healthylivingwithus.blogspot.com